Saturday 14 April 2012

KENANGAN MASA SEKOLAH ..



SELOKA BUDAK-BUDAK BAKERI
( 4 & 5 BK )
      

Assalamualaikum pembuka bicara,
Tinkatan 5bakeri punya cerita,
Gabungan idea terbentuklah seloka,
Buat tatapan kita semua                                    

Dari seberang datang kemari,
Untuk mengajar kelas bakeri,
Pn Siti Hajar nama diberi,
Itulah dia guru kelas kami.

Mohd Falaqiah empunya diri,
Orangnya tinggi rajin sekali,
Kalau bab berjalan serah kat dia ni,
Itulah dia monitor kami.

Orangnya molek comel sekali,
Inilah dia assistant kami,
kalau marah berapi-api,
Afiqah Jamil empunya diri.

Natasha Khairunisa segak sekali,
Tugas hariannya bagaikan ceti,
Kutip hutang setiap hari,
Sampaikan orang takut nak dekati.

 Orangnya nakal periang sekali,
Suka menyanyi setiap hari,
Sangat suka kalau kena puji,
Tu lah dia Faiz Hadzim Suhadzri.

Orangnya garang pandai sekali,
Tak pernah senyum menakutkan hati,
Sampaikan orang takut nak dekati,
Tu lah dia Hani Hazwani.


Sehidup semati prinsip mereka,
Ke mana sahaja selalu berdua,
Fina dan Nazila empunya nama,
Susah senang sentiasa bersama.

Fatin Syafinar nama diberi,
Datang dari sekolah Mahsuri,
Cermin dan bedak tak boleh dilupai,
Tak pakai sehari kerja tak jadi.

Suhaida dan Nadia segak sekali,
Naik motor datang kemari,
merempit sakan setiap pagi,
macam mat rempit berani mati.

Afiq Sideek nama diberi,
Jaguh dalam lumba lari,
Kalau bab belajar tarik diri,
Tak pernah siap kerja setiap hari.

Hanim dan Amalina lembut orangnya,
Pergi ke mana selalu bersama,
Cermin mata tak pernah di tinggalnya,
Jadi peneman setiap masa.

Berbadan molek berkaca mata,
Masa terluang tak pernah dibuangnya,
Izzati Mahmood empunya cerita,
Tidur dalam kelas itulah hobinya.

Aqilah Aziz segak sekali,
Berteman rapat dengan Aishah Deraman,
Senyuman manis tak lekang di pipi,
Bagaikan bunga kembang di taman.

Shuhada Omar cute sekali,
Kawan baik pula dengan Mek Fini,
Cakap banyak tak henti-henti,
Kalau bab gosip serah kat depa ni.

Najihah Zulkepli comel sekali,
Sekilas pandang tercuit hati,
Cool and selamba trade mark diri,
Jadi perhatian ramai lelaki.


Shahrul dan Fazley suka bercakap,
Duduk pulak kat tepi tingkap,
Bab gosip cepatla depa tangkap,
Kerja sekolah tak pernah siap.

Nash dan Jazil empunya diri,
Orangnya kecil pendiam sekali,
Dari seberang datang kemari,
Tuntut ilmu nak buka kilang roti.

Budak skema datang belajar,
Tuntut ilmu nak jadi cemerlang,
Namanya Nabihah orangnya penyabar,
Kalau sehari tak cakap duduk tak senang.

Berbadan kecil bermata bulat,
Iliya Aziz empunya diri,
Cucu kepada tauke coklat,
Paling terkenal kat Pulau Langkawi.

Namanya Shahirah orang panggil Che Erah,
Budak paling pandai dalam kelas kami,
Orangnya garang berjam tangan merah,
Sekali marah orang cabut lari.

Intan Shuhaila nama diberi,
Dari Alor Setar datang kemari,
Kalau merajuk serah kat dia ni,
Sampai orang takut nak dekati.

Dari seberang datang kemari,
Menuntut ilmu tak henti-henti,
Zaiha Athirah nama diberi,
Sentiasa ceria setiap hari.

Sharifah dan Zafirah teman sejati,
Saling berjanji sehidup semati,
Datang dari sekolah Mahsuri,
Mata pelajaran sejarah paling depa sukai.

Sekian sahaja dari kami,
Maaf dipinta harap diampuni,
Bukan niat nk goreskan hati ,
Hanya buat tatapan dikala sunyi .

Yang Benar
IntanShuhaila

                                                                                            

No comments:

Post a Comment