ADA APA DENGAN CINTA ??
=>Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
=>Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus
talinya.
=>Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia
hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
=>Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
=>Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau
ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
=>Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama
cinta.
=>Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita
cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah
pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
=>Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
=>Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu
mati, maka matilah cinta itu.
=>Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum,
sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya
pergi.
=>Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Yang Benar,
No comments:
Post a Comment