Saturday 29 September 2012

KEHILANGANMU BEGITU TERASA

Assalamualaikum  . . .

Hai kawan-kawan , how are you ?? Kawan-kawan nak tau tak hari nie genap sebulan pemergian ayah aku ke rahmatullah. Beliau meninggal pada tanggal 29/8/2012 pada pukul 6pagi akibat sesak nafas.Time tuu aku masih kat poli dan tetiba dapat call dari mak yg memaklumkan ayah dah takda.Mula-mula aku tak percaya,then aku bagitau roomate aku.Lepas tuu aku call mak aku lg sekali then mak aku cakap betul lah takkan nak memain pulak.Aku terus terdiam dan jd blurr.Time tuu aku taktau nak buat apa dah.Fikiran jd kosong,then aku kelam kabut siap nak balik sbb makcik aku dah Ontheway nak mai ambek aku kat poli.Hari tuu hari rabu,sepatutnya aku ada kelas kitchen tp aku mesej monitor kelas aku sbb nak bagitau aku terpaksa balik & tak masuk kelas.Time tuu kawan-kawan aku semua datang kat bawah blok & diorang tunggu kat kerusi batu tuu. Diorang cakap kat aku banyakkan bersabar yaa,semua tuu dugaan,kita yg hidup pasti akan kesana juga.Tp aku still tak dapat terima kenyataan.Tepat jam 7 pagi makcik aku sampai ke poli, aku terus balik.Makcik aku drive laju sangat-sangat & hanya ambik masa 30 minit jaa dari poli ke rumah. Sampai dirumah aku tengok orang dah ramai & aku tengok sekujur tubuh terbaring kat atas katil kat ruang rehat rumah aku.Aku tengok ada yg sedang bacakan Yassin,ada yg sedang menangis.Aku jadi terkaku.Aku tengok adek aku kat sebelah ayah & dia sedang baca Yassin time tuu.Time ayah hembuskan nafas terakhir,kat rumah hanya ada mak & adek.Tepat azan subuh berkumandang ayah terus terdiam yg pada mulanya dia suruh adek tolong urutkan belakang dia sbb dia tak boleh nak bernafas.Belum sempat mak nak hantar ayat ke hospital,dia dah takda.Pada malam sebelum tuu, lebih kurang pukul 11 mlm,ayah masik okay lg & diorang bersembang mcm biasa,tetiba ayah cakap dia nak tidur & esok awak-awal pagi tolong kejutkan dia sbb dia nak pergi ronda-ronda kat tempat yg dia tak pernah pergi lg & tempat tuu sngat jauh.Time tuu mak & adek tak syak apa-apa lg.Sbb diorang ingat dia melawak,rupanya betul dia akan pergi tinggalkan kami.Selepas balik cuti raya,itulah kali terakhir ayah menghantar aku ke poli.Aku tak sangka,pada mulanya aku merajuk sbb takda orang nak balik dgn aku sbb family aku busy time tuu,then ayah tak bagi aku balik naik bas & dia ckp dia sanggup hantar aku.Sepanjang perjalanan kami ke poli,ayah happy jaa & dia banyak bercakap pasal kematian.Aku agak pelik dgn perangai ayah time tuu, kenapa dia asyek cakap pasal mati.Dia ajak aku makan tp aku tolak sebab time tuu masih kenyang lg,then ayah cakap bila lg nak makan sama-sama,lepas nie dah tak boleh.Aku diam jaa time tuu.Aku tak syak apa-apa.Dah sampai kat poli,aku pon turun dari kereta & ayah ada bg duit belanja untuk aku.Kali nie agak pellik sbb dia bg dlm jumlah yg banyak terus,Aku tanya kenapa banyak sangat dia bg,nanti aku boros.Then dia cakap simpanlah baik-baik.Berjimat lahh,jgn selalu boros sbb bukan senang nak dpaatkan duet.Lepas tuu ayah terus balik.Aku pon terus naik ke bilik.Then,dua hari selepas tuu member ada cakap nak pergi beraya kat rumah budak2 area utara.Then,aku bagitau mak,ayah aku suka sangat-sangat & dia tanya ramai ka yg nak datang.Bila nak datang ? Aku cakap hari sabtu, ayah cakap okay lahh,ajak lah ramai2,tp belum sampai hari sabtu ayah dah pergi tinggalkan kami.Aku jugak pernah mimpi yg ayah akan pergi then aku cerita kat kawan2,diorang ckp semua tuu mainan syaitan.Tp hakikatnya betul,suasana pada hari kejadian tuu sama sangat-sangat mcm apa yg terjadi kat dlm mimpi aku.Bukan aku sahaja yg mimpi benda yg sama,tp sepupu aku pon mimpi mcm tu jugak.Sampai sekarang aku msih lg sedih.Kengkadang tuu kawan-kawan smpai tegur aku kenapa aku dah lain sekarang,aku dah tak happy mcm dulu,aku dah jarang senyum,aku lebih suka bersendirian. hmmm entahla. aku pon tak tau kenapa.Kalau aku duk sorang-sorang kt bilik,mesti aku nak nangis even aku dah try untuk jd kuat.Sampai sekarang aku masih lg ingat kata-kata ayah,dia suruh aku belajar rajin-rajin sbb aku jaa yg boleh bantu family.Insyaallah,aku akan belajar rajin-rajin mcm mana yg ayah harapkan.'Adek rindu ayah'.Semoga roh ayah tenang disana & ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.  Al-Fatihah

Yang Benar
IntanShuhaila

No comments:

Post a Comment