Thursday 25 October 2012

TRIP KELAS TO KUALA LUMPUR

Assalamualaikum . . .



Hai semua, eh rindu rindu rindu.Whoaa lamanya tak update blog. Rinduuuunya ! ! Cis, buat terok pulak aku nie kannnnn :) hihihi, actually aku dah lama nak update blog tp tak berkesempatan sbb laptop aku rosak & dihantar utk proses pembaikpulihan. wahhh, skemanya ayat ^^. hihi, alhamdulillah,sekarang laptop aku dah kembali okay. Boleh lah nak online kannnnnn (",), Okay-okay, tujuan aku update blog nie adalah aku nak cerita pengalaman aku & classmate pegi trip kelas ke KL harituuuu. Tuu sebenarnya trip utk subjek Halal Practice. Kami pegi under Poli. Best sangatttt :) kami ke sana pada 9-11 oktober 2012 yg lalu. Cuma 2org jaa lecturer yg ikot iaitu cik Firdaus & cik Zahar. Tuu pon diorang naik bas dgn budak DHK3A. Kami bertolak dari poli mlm 9 haribulan tu bersama budak2 kls DHK3A then singgah mkn kat Char kueyteow Sungai dua. Pagi tuu kami mandi kat R & R Sungai Buluh sebelum bertolak ke PWTC utk melawat pameran HalFest. Wah, mcm2 kot ada kat sana. beribu-ribu gerai pameran dibuka & bermacam-macam makanan kami try. Penat berjalan kot tp best laa walaupon penat. Tak cukup dari tuu, monitor class aku ( Zulhilmi ) siap buat demo masakan kat atas pentas bersama Izara Aisyah lg. Perghh, seronok laa dia.Semua bangga jaa bila dia mengangkat tgn time chef zam bertanya siapa yg volunteer nak masak dgn Izara. Lepas tuu kami pegi check in kat Hotel. Hotel dia 6 stars kot. The Palace of The Golden Horses O_O . huhhh, dgr pon dah menggerunkan. That's why laa kami kena byr RM200 setiap seorang, tp berbaloi la kan. Pada sebelah malam pulak kami pegi mkn Sate Kajang. walaupon keadaan hujan & tersangatlah sejuk, tp ia tak menghalang nafsu makan kami. Punyalah berpinggan-pinggan sate dihidang kat kami , habis semua licin kami telan . ishkk ishkk ishkkk.  Lepas tuu kami bertolak balik ke hotel. Sampai jeaa kat hotel, terus tidur. Urghhh nyenyaknya . Pagi keesokkannya, kami bangun awal dan bersiap utk turun breakfast. Time tuu sekali lagi kami makan besar. Makan sepuas-puasnya. Selesai sahaja makan kami dibawa melawat semua kawasan di dalam Hotel tuuu. Penat kot, dah laa besar + luas, sampaikan kami dan lecturer tersesat kat dlm tuu. hehehehe buat malu jaaa. selesai semuanya kami check out pada jam 12 tgh hari dan kami bertolak ke Shah Alam. Kami singgah mkn tgh hari kat  shah Alam sebelom bertolak ke Museum Roti Hi-5. Time kat museum roti hi-5 tuu kami dibahagikan mengikut kelas utk melawat roti2 & cara serta alatan yg digunakan utk membuat roti sejak zaman batu lagi. Memang best kat dlm tuu, dgn perangai budak2 kls aku yg kepala gila2 then ditambah pula dgn gelagat pakcik driver bas & lecturer kami yg sporting. Tp hari tuu kami kurang bernasib baik sbb tak dpt tengok proses pembuatan roti sbb time tuu takda roti yg dihasilkan. Tapi enjoy laa,sbb kami diberi beberapa jenis roti sebagai buah tgn sebelom keluar dari museum roti tuu. Lepas tuu, kami ke shopping mall pulak, tp tak semua yg membeli-belah disebabkan barang2 terlalu mhl, semuanya sekadar cuci mata sahaja. Setelah pukul 6 ptg, kami bertolak pulang ke poli & suasana di dlm bas ketika itu sunyi sepi sbb semua dh tidur akibat keletihan dan ditambah pula dgn kesejukan akibat hujan lebat. Hampir setiap R & R kami singgah sbb ada jaa org nak ke toilet. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke poli pd jam 2 pagi ketika semua org dah nyenyak tidur time tuu. Best sangat trip tuu walaupon sangat letih & penat.

nie serba sedikit gambar kami kat sana . . .

























































Yang Benar
IntanShuhaila

No comments:

Post a Comment